Pantai Timur
Last Weekend, kitaorang pegi Pantai Timur.. Itupun ofis aku ada buat Bengkel Pemantapan Staf dan Lawatan Kerja ke UiTM Kampus Kota Bharu dan Kuala Terengganu.. Perggh.. Jauh giler.. Sakit badan nie hah.. Perjalanan ambil masa lebih kurang 12 jam, dari Melaka ke Kota Bharu.. Giler punya jauh.. Cemana orang balik kampung jejauh cenggini ek.. Rimas tul aku.. tak biasa arr jalan jejauh cenggini.. (Tapi pada orang dah biasa tu, mmg takder masalah pada diaorang kan).. Kitaorang bertolak kol 10 pagi dari Melaka dan tiba ke Hotel Sabrina Court, Kota Bharu jam 11.00 mlm.. Hari Sabtu masih di Kelantan, singgah di Pasar Siti Khadijah then terus gi UiTM Kota Bharu.. Lepas lawatan kerja tu kitaorang terus ke Rantau Panjang.. Amik masa dalam 4 jam jugak berada di Rantau Panjang.. Mcm nak giler tgk barang kat situ tapi aku hanya sempat menyambar 2 toto jenis Narita jerk.. Time tu tgh panas giler, sian kat anak.. so sampai hotel kitaorang berehat kejap sbb malam tu kitaorang akan pergi ke Wakaf Che Yeh.. Pagi2 Ahad tu check out dan gerak ke Terengganu.. Amik masa dalam 3 jam jugak nak sampai ke Kampus UiTM Kuala Terengganu.. Dalam bas apalagi, sumer pakat tido ler.. Masa di Terengganu, disebabkan kesuntukan masa.. kitaorang hanya pergi Pasar Payang sahaja selain singgah di Kemaman tuk beli keropok lekor.. then sampai ke Melaka semula jam 2.45 pagi.. Keesokan harinyer (Isnin), aku masih datang tepat jam 8.00 pagi dengan mata yang mcm zombi akibat mengantuk.. hahahahaha.. letih beb.. tapi seronok jugak.. Ada cadangan tak next year nak gi mana? (Gambar tak banyak, sebab aku malas nak amik gambar.. boleh?!!)
Ulasan