Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

New Nanny

Imej
Hari ini.. 28/9/09 (Isnin), Safiyyah telah dihantar tinggal dengan pengasuh baru.. Pagi tadi aku hantar, dia tak nangis cuma ada lah skit cembeng2 tapi dgn pantas makcik nie tarik perhatian dia.. Sian lak aku tgk.. aku lak takder lah nak menunjukkan muka aku nie.. takut2 dia melalak pulak jadi bila dah letak barang2 Safiyyah terus aku masuk keta gerak ke tempat kerja.. Tengahari tadi aku telefon makcik tu.. makcik tu kata dia ok jerk, tgh makan ramai-ramai pun.. Alhamdullillah dia tak menangis, mungkin dia ada kawan kat rumah makcik tu.. (makcik tu ada jaga 3 orang lagi anak orang).. U all jangan salah sangka tau, aku hantar ke pengasuh baru bukan sbb kejadian tempoh hari (sila semak entry yang lepas yer) .. ini disebabkan kitaorang akan berpindah ke rumah baru pada bulan dpn (17/10/09, InsyaAllah kalau keadaan mengizinkan) yang bersebelahan dengan taman pengasuh baru nie.. Balik nie aku nak tgk keadaan dia mcm mana.. hopefully ok lah semua..

Raya sudah tiba...

Imej
Erm.. entry yang sudah basi ku rasa.. hahahaha.. tapi aku pedulik apa kan.. nak citer gak pasal raya ari tuh.. Tahun ni turn kitaorang beraya di KL.. Pepagi raya mcm biasalah, berkumpul di rumah nenek aku (belah mak) di KL gak.. Memacam ragam.. Safiyyah lak mcm biasa, dia kalau tak kenal ngan orang mmg dia tak mau org dan sentiasalah 24 jam mau berkepit sama aku.. Kalau orang amik or dukung dia "confirm" melalak2.. Adoiiii.. Safiyyahh.. ooo safiyyyahhhh.. Dalam kol 1 lebih kitaorang sefamily bertolak pula ke kg. belah ayah aku di Kg. Batang Benar, Nilai.. tapi tak singgah kg lagiii, disebabkan kitaorang adik beradik nie nak balik hari so kitaorang terus beraya di rumah yang wajib disinggah setiap kali hari raya.. rumah paklong and pakngah, (rumah paklong ngan pakngah nie dkt area ngan kg aku, tu pasallah rumah diaorang jadi rumah wajib diziarah).. dah selesai raya umah diaorang baru balik ke kg.. Dan tuk pengetahuan korang, tahun nie pertama kali aku beraya tanpa kehadiran ...

Jalan-jalan cari makan..

Imej
Disebabkan kejadian yang menimpa Safiyyah tempoh hari, aku telah mengimport mak aku supaya datang ke Melaka tuk jaga Hannah Safiyyah.. Sib baik cuti mak aku nie banyak lagik so bolehlah dia jaga cucunyer.. (Mak aku nie masih bekerja) hehehe.. tapi last week mmg meletihkan.. nak tau sebab apa, hari jumaat 11/9/09 aku hantar Safiyyah ke umah mak ku di KL.. Ahad, 13/9/09 aku balik ke Melaka sorang-sorang.. Rabu, 16/9/09 aku and En. Suami ke KL tuk amik anak and mak aku.. bcoz soknyer Hannah Safiyyah ada appointment ngan doktor tuk check lidahnyer.. Jumaat malam, 18/9/09 gerak ke KL balik tuk sambut raya di KL, Selasa 22/9/09, aku balik ke Melaka semula.. Aduhh.. turun naik KL-Melaka aku last week tau.. amat meletihkan.. Tapi takper, aku ngan En. Suami tak kisah.. yang pasti anak kitaorang nie selamat dibawah jagaan neneknyer.. Sementara mak aku ada kat sini, mlm khamis, 17/9/09 aku bawak mak, adikku yang bongsu dan Safiyyah ke Mydin Mall, Ayer Keroh, Melaka tuk berbuka puasa.. lagipun En....

Yeayyyy.. raya sudah tibe..

Imej
Ditujukan kepada semua pembaca-pembaca blog ini.. Selamat bercuti dan hati-hati di jalanraya...

Akhirnya..

Imej
Kali ni entry gembira dalam kesedihan.. Gembira kerana aku telah berjaya menyelesaikan jahitan manik di baju raya ku.. Hahahaha.. (Sila lihat gambar dibawah) Aku sangat gembira kerana setelah hampir sebulan aku berhempas pulas menyiapkan baju ini.. Almaklumlah, aku bukan pro pun.. masih di tahap amatur.. Skrang nie pun dalam peringkat belajar lagik.. Sedih pulak sebab aku tak dapat bercuti panjang untuk berhari raya... cuti ku telah habis.. isk..isk..isk.. ditambah pula dengan kejadian yang menimpa anakku baru-baru ini so makin berkuranglah cuti yang ada.. Lambatnyer nak tunggu TAHUN BARU.. hehehehe..

Tragedi Berdarah 9/9/09

Imej
9/9/09... Tarikh yang akan aku ingat sampai mati.. Kalau u all nak tau.. Pada tarikh nie, anak kesayangan aku jatuh dekat umah pengasuh dan akibatnyer LIDAH puteri cinta hati aku nie kena jahit sebanyak 6 JAHITAN... di ulang lagik.. sebanyak 6 JAHITAN.. Aku taknak menuduh sesaper tapi hati aku sakit bila tgk anak aku nie meraung kesakitan.. Tuhan jer yang tau mcm mana perasaan kitaorang sebagai ibubapa bila hadapi keadaan seperti itu.. Kronologi kejadian seperti dibawah.. 5.40 petang - Mcm biasa sampai umah pengasuh tuk amik Hannah Safiyyah.. Pengasuh ada bagitau, Safiyyah baru je lepas jatuh.. Igt jatuh biasa jerk, sbb dia tak menangis pun masa aku dtg.. 6.00 petang - Sampai kat rumah, siap sedia tuk masak (untuk berbuka nanti).. 6.10 petang - Terperasan ada darah beserta air liur di mulut Safiyyah.. Bila aku suruh dia nganga, ternampak lah lidah dia yang sudah terbelah @ terkoyak.. 6.11 petang - Panik! Cepat-cepat call En. Suami suh balik cepat.. 6.35 petang - En. Suami sampai dan te...

Baju Sponsor?..

Imej
Hahahaha.. Rezeki Safiyyah lah kot dapat baju sponsor tahun nie... Ini baju dibeli oleh adik iparku.. Cik Jiji merangkap mak uteh Safiyyah yer.. Cantikkan?.. Sila lihat posing maut oleh Adik Hannah Safiyyah yer.. Lain tahun sponsor lagik ker?.. heheheh p/s : Untuk adik-adikku yang berada di KL tu.. Jgn lupa duit raya Safiyyah yer.. Tak sponsor baju pun takper, j anji duit raya mesti warna merah ke atas tau!! Yeay, dpt baju baru!!!