Pengikut

29 Julai 2011

Apalah nak jadik!!

Korang tengoklah gelagat budak2 nie.. macam2 hal.. disuruh belikan sticker akhirnyer jadi mcm nie lah.. tapi oklah tuh, sib baik tak lekat kat sana sini kalau tak jenuh aku nak tanggalkan.. korang tgk arr, si kakak buli adik last2 tampal sticker kat muka si adik.. aku geram tgk adiknyer menangis, last2 aku pun tampal balik sticker kat muka si kakak .. kan dah kena biler ibu masuk campur.. ;p



Muka macam tak rela kena buli..


Pastu dah suker..


Peace u'olls!!..

14 Julai 2011

Kakak kurus tapi bukan kurus mcm aneroxia..;p

Semalam ke klinik kesihatan untuk check up bulanan adik dan kakak.. Sepatutnyer si kakak dah tak perlu dah check up bulanan tapi memandangkan kakak nie underweight (dalam chart masih lagi ditanda pada bahagian colour kuning) jadi haruslah setiap bulan hadir ke klinik untuk diorang pantau perkembangan berat kakak... tapi alhamdulillah, setiap kali pegi ada peningkatan walaupun tak byk..


Korang nak tau, kakak nie umur dia dah 3 tahun tapi berat dia masih 11kg.. sian tul.. (sian kat aku jugak, sbb org mesti ckp mak dia nie tak bagi makan ke hapa!!.. ) walaupun dia taklah kurus cam aneroxia, tapi dia sangat halus wokeey (kecik berbanding2 rakan2 seusia).. yang si adik dah 10 bulan berat dah 8.5kg.. Puas dah pujuk kakak makan, tanya apa yang dia suka.. tapi setiap kali aku buat mesti dia kuis2 jerk.. bagi vitamin untuk tambahkan selera makan pun dah buat tapi masih tak demok2.. takperlah, janji dia sihat cukuplah kan.. tapi aku teringin bangat nak tgk dia demok2 ala2 tembam gitew.. ;p .. camner nak wat ek?.. korang ada idea..

12 Julai 2011

Selamat Bertunang Alif & Fiza ~~9Julai2011~~

Just nak wish pada Alif & Fiza ...

SELAMAT BERTUNANG..
Hadapilah alam baru ini dengan penuh
KEGEMBIRAAN, KEIKHLASAN DAN KETENANGAN
dan yang penting
Berbanyaklah BERSABAR ketika
menghadapi ujian dan rintangan darinNya..

TAHNIAH!!!...

Last weekend Activities..

Minggu lepas, petang Jumaat tuh aku amik half day semata2 nak hantar mak aku ke Stesen Komuter Seremban (untuk mengelak dari kesesakan jalanraya akibat roadblock yang sgt byk.. bak kata adik2 aku lah kan).. sian mak, haruslah bersesak menaiki komuter Seremban ke Sentul.. Jam 8 malam baru sampai.. Kalau ikut hati mmg nak hantarkan, tapi adik aku ckp roadblock byk pastu jalan dah start jammed (entah iyer, entah idak).. tapi masa on the way nak ke Seremban pun mmg ada roadblock..

Pas lihat mak dengan selamatnyer naik komuter, kitaorang pun jejalan cari makan di area Seremban.. Lagipun kalau tak hantar mak ke Seremban pun mmg kitaorang akan ke Seremban untuk hadir majlis pertunangan sepupu suamiku keesokan harinyer.. Dah alang2 ada area bandar seremban nie, aku ajaklah suamiku ke tasik yang berdekatan ngan masjid negeri, aku tak tau nak ckp area mana tapi yang pasti dekat lah ngan Allson Klana ngan Royal Aldephi Hotel.. saper duk seremban tau lah tasik mana yang aku ckp nie kan.. Dulu, masa duk Seremban (masa baru kawin) takder ati langsung nak jalan2 kat tasik nie, walaupun hari2 kitaorang lalu tasik nie nak balik ke rumah.. huhuhuhuh.. Korang layan jerlah gambar2 anak beranak nie yer..










budak bucuk yang tgh selesema..

06 Julai 2011

Info P.N.E.U.M.O.N.I.A

Apakah itu Pneumonia?



Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang melibatkan pundipundi udara kecil (alveoli) dan tisu-tisu di sekitarnya. Laluan-laluan ini yang dipenuhi nanah atau mukus akan menyekat oksigen dari sampai ke dalam darah. Jangkitan ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria, virus, fungi dan mikrob.



Bagaimana anda mendapat penyakit ini?



Kebanyakan kuman-kuman pneumonia ini tinggal di dalam tekak sebagai sebahagian dari apa yang dipanggil "flora" semulajadi anda. Biasanya sistem ketahanan atau sistem imun tubuh akan menghalang kuman-kuman ini dari memasuki paru-paru dan menimbulkan masalah. Apabila keadaan badan anda lemah disebabkan penyakit kronik, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang, kurang rehat, maka tahap keimunan menjadi kurang atau mekanisme pertahanan paru-paru menjadi lemah. Badan anda sudah tidak dapat menahan lagi serangan bakteria dari memasuki paru-paru dan seterusnya membiak di dalam salah satu dari paru-paru atau kedua-duanya sekali. Anda kemudiannya akan mendapat pneumonia, diikuti dengan selsema, bersin, bronkitis, atau penyakit-penyakit berkaitan yang lain. Atau pneumnia itu berlaku dengan sendirinya. Sekali anda mendapat serangan pneumonia, anda berisiko tinggi untuk mendapatnya lagi.


Tanda dan gejala





Kadangkala pneumonia ini mengelirukan. Ia mungkin datang dalam bentuk selesema atau flu yang kemudiannya menjadi teruk. Gejalanya berbeza-beza, bergantung kepada jenis kuman yang menyerang. Mereka yang diserang bakteria pneumonia lazimnya kelihatan sangat uzur.


Gejala-gejalanya termasuklah:


• Demam (390-400C) dan menggigil. (si kakak cecah 39C)


• Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, keperangan atau mungkin


mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru).


• Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam


• Bernafas dengan cepat dan pendek, (kakak bernafas pun cepat dan laju)


• Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan. (ini toksah ckp arr.. dia terbaring jerk masa memula tak sihat)


• Berpeluh dan muka kelihatan merah. (mmg betul.. muka dan mata kakak jadi merah sgt... igt sbb terlampau panas)


• Hilang selera makan atau perut meragam. (ini pun betul gak sbb memula tak sihat 2 hari kakak tak makan apa2 kecuali air putih)




Untuk kes pneumonia yang disebabkan oleh virus, ia bermula sebagai batuk kering, sakit kepala, demam, sakit otot dan kelesuan. Apabila keadaan semakin melarat, batuk mula mengeluarkan kahak dan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya pesakit mendapat jangkitan virus selepas serangan jangkitan bakteria. Inilah yang dikatakan jangkitan sekunder .




Tabiat yang baik




• Amalkan pemakanan seimbang, banyakkan rehat dan bersenam secara tekal untuk


menguatkan sistem pertahanan badan melawan jangkitan.


• Jauhkan diri dari asap rokok dan lain-lain perengsa


• Dapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit yang ringan (selsema dan batuk).


• Berehat dan kawal sebarang tekanan emosi yang boleh mempengaruhi sistem imun badan.


• Amalkan kebersihan diri yang baik.




Rawatan




Jika anda telah didiagnos dan disahkan menghidap pneumonia, ikutilah rawatan di rumah seperti berikut:




• Minum lebih banyak cecair, antara 8-12 gelas sehari . Lebihan cecair akan dapat mencairkan


mukus.


• Berehat secukupnya.


• Berhenti merokok.






Berjumpalah doktor sekiranya....




• Gejala-gejala masih berterusan.


• Suhu badan meningkat lebih 380C dan berterusan.


• Kesesakan nafas semakin teruk.


• Batuk yang berpanjangan.


• Kahak berubah warna.






Kakak pulak yang tak sihat..

Yer kawan-kawan, anak aku yang sulung pulak tak sihat.. start dari jumaat malam dia kena demam panas + selesema + batuk... amik ubat jer kat klinik (tak jumpa doktor pun).. senin ari tuh, tgk dia masih tak sihat.. bawak dia jumpa doktor.. Doktor ckp dia dah kena jangkitan di paru-paru a.k.a P.N.E.U.M.O.N.I.A .. Kitaorang mcm confuse sbb doktor tuh ckp tak perlu ke hospital tapi kena observe dia 24 jam.. doktor just bagi ubat antibiotik paling kuat.. so, kitaorang decide bawak klinik lain pulak sbb masih keliru dengan penerangan doktor tuh.. (sebenarnyer mcm tak percaya + keliru + nak more penjelasan dari doktor lain).. Pegi klinik lain, doktor yang ke-2 masih ckp benda yang sama.. kena jangkitan di paru2.. tapi yang tadi doktor 1 kata belah kanan jerk, nie doktor ke 2 kata dah ada dekat kedua-dua belah.. doktor 2 kata tak perlu risau, makan antibiotik yang doktor 1 bagi tadi then pantau dia.. kalau ada tanda mcm dia tak aktif, lemah haruslah bawa ke hospital dengan segera..



Perkembangan kakak skrang nie, Alhamdullillah.. nampak dia aktif (asyik buli si adik jerk).. tapi kerap tido (mungkin kesan dari ubat batuk kot).. tapikan mata aku nie asyik tgk bibir dia mcm ada gelap skit.. (kebiru2an).. confuse sat.. kakak pun takde mengadu apa2.. ok kot.. :(



Semalam mak aku datang sini (terpaksa mak aku amik cuti, mak aku pun kerja gak) tuk jaga cucu dia.. sbb kitaorang dah cuti byk hari sejak adik kena demam panas + campak.. so time kakak nie, mak aku lah yang kena pantau dia.. sorilah mak, kena korbankan cuti mak yang banyak tuh dtg sini.. aduuaaaiiii...



Perkembangan adik : Alhamdullillah, adik dah ok cuma dia berjangkit selesema dan batuk dari kakak dia.. demam panas + campak dah takder.. lega rasanyer.. tapi menjadi mangsa buli si kakak pulak dah skrang.. Yang kakak sejak sakit dia punya tahap cemburu makin menjadi2 pulak sampai aku pun kekadang naik hangin.. sib baik tgh sakit, sabar jerlah..

01 Julai 2011

Demam Campak a.k.a Chicken Pox

Tadi ke klinik lagik untuk sahkan si adik nie kena demam campak or denggi.. Pergi sampai 2 klinik sbb ketidakpuasan dengan klinik yang pertama tuh.. Tak pernah pulak selama aku ke klinik, doktor akan ckp "saya tak pasti"... Tu pasallah aku pergi jugak klinik yang lain untuk dptkan kepastian.. Maklumlah pertama kali mengadap anak kena demam campak nie.. Jadi, doktor ke-2 tuh kata mmg demam campak.. dia suh hentikan makan antibiotik.. dia bagi ubat sapu bagailah..

Tapi betullah jaga anak lelaki nie, sgt2 menguji kesabaran.. Asal nampak muka aku jer dia meraung.. menangis.. menangis... dan menangis lagik.. Suami aku kata biler si adik tinggal ngan dia, takderlah dia buat perangai.. aduh, sabar jerlah..

Eh, nak tanya kat korang nie.. Betul ker org kata kalau ahli keluarga ada yang kena demam campak, dalam rumah tuh tak leh masak goreng2??!!..
Masa tengahari tadi, mcm tak teruk sgt bintik2nyer




Dalam gambar2 nie tak berapa jelas sgt bintik tuh sbb bintik2nyer halus sgt..

Hares & Sue

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

The Journey of Suliana Shah. Design By: SkinCorner