Tragedi Berdarah 9/9/09

9/9/09... Tarikh yang akan aku ingat sampai mati.. Kalau u all nak tau.. Pada tarikh nie, anak kesayangan aku jatuh dekat umah pengasuh dan akibatnyer LIDAH puteri cinta hati aku nie kena jahit sebanyak 6 JAHITAN... di ulang lagik.. sebanyak 6 JAHITAN.. Aku taknak menuduh sesaper tapi hati aku sakit bila tgk anak aku nie meraung kesakitan.. Tuhan jer yang tau mcm mana perasaan kitaorang sebagai ibubapa bila hadapi keadaan seperti itu.. Kronologi kejadian seperti dibawah..


5.40 petang -
Mcm biasa sampai umah pengasuh tuk amik Hannah Safiyyah..
Pengasuh ada bagitau, Safiyyah baru je lepas jatuh..
Igt jatuh biasa jerk, sbb dia tak menangis pun masa aku dtg..
6.00 petang -
Sampai kat rumah, siap sedia tuk masak (untuk berbuka nanti)..
6.10 petang -
Terperasan ada darah beserta air liur di mulut Safiyyah.. Bila aku suruh dia
nganga, ternampak lah lidah dia yang sudah terbelah @ terkoyak..
6.11 petang -
Panik! Cepat-cepat call En. Suami suh balik cepat..
6.35 petang -
En. Suami sampai dan terus on the way ke Klinik di Cheng..
7.10 petang -
Sampai jer klinik, kerani kat situ bagitau dtg balik lepas kol 8 malam sbb doktor
takder.. lagipun dah nak dkt berbuka kan.. (Bengang betul masa nie, tapi tahan je lah)
Bila diberitahu cenggitu, kitaorang pun patah balik ke rumah sbb dah nak
berbuka.. kitaorang decided nak pegi balik ke klinik selepas berbuka nanti..
8.10 mlm -
Kitorang ke Klinik di Alor Gajah jer.. Yang terkejutnyer, doktor suh ke Hospital sbb
dia kata luka nie dalam sangat, terpaksa di jahit.. so kena jumpa pakar di Hospital..
doktor bagi surat suh malam nie jugak pegi hospital..
9.00 mlm -
Sampai di hospital, perlu disaring dulu sebelum dapat jumpa doktor..
9.30 mlm -
Jumpa doktor, dan kes Safiyyah telah dirujuk dengan Doktor gigi.. bila doktor gigi
datang.. dia tengok mmg kena jahit jugak untuk cantumkan balik luka yang terbelah
tu jadi malam tu jugak kena jahit.. Safiyyah diberi ubat tido untuk menyenangkan
doktor tu menjahit lidah dia.. tapi yang peliknyer, dah berdos-dos ubat tido diberi
(aku dimaklumkan, ubat tido dah dicampur dgn air kot) anak aku nie tak tido-tido
lagi.. padahal mata tu dah merah giler.. dia tahan mata sbbnyer, bila dia tido doktor
tarik lidah dia untuk jahit.. time doktor tarik lidah dia tu terkena luka so dia tersedar
dan terus menjerit, meraung sakit... mulut safiyyah terus tersembur darah yang
pekat giler.. aduhhh.. aku tak sanggup nak tengok dia mcm tu.. DIJAHIT HIDUP-
HIDUP.. kalau korang nak tau, sebanyak 3 kali percubaan untuk menjahit lidah dia
secara hidup-hidup (dah diberi ubat tido) tu.. Akhirnya En. Suami tak tahan, dia tanya
doktor "Takder cara lain ker?"...
12.00 tghmlm -
Akhirnya, anak aku dipengsankan.. Doktor dengan senang hati telah menjahit
lidah anakku sebanyak 6 jahitan dan doktor mengambil selama setengah jam
untuk menjahit lidah anakku yang terkoyak tu.... Sebelum kitaorang dibenarkan
balik, keadaan anakku dipantau dahulu..
so kitaorang tunggu lah sampai dia
sedar...
2.30 pagi -
Hannah Safiyyah baru sedar setelah cubaan yang entah berapa kali untuk
mengejutkan dia dari tido setelah dipengsankan.. (Sebenarnya aku dah tak tahan lagi,
mengantuk, penat, sakit belakang, letih yang teramat, lapar, mcm2 lagilah yang aku rasa waktu tu)
3.15 pagi -
Selamat sampai dirumah - dalam kepenatan kami tertidur..

Tgh tunggu ayah dia balik sebelum dibawa keklinik..

Sewaktu on the way ke hospital dan tunggu giliran untuk jumpa doktor..

Keadaan selepas dipengsankan dan telah selamat dijahit..
Betapa comotnyer aku yang bermandi darah.. (dah kering pun darah nie)

Ulasan

Mimy Hamid berkata…
Ya Allah siannya anak ko sue..isk tak leh bayang la weh...kesian giler..ko tak tanya doc ke apa sebab sampai leh koyak lidah..lidah weh jgn memain..deria rasa..ok beb take care
haresue berkata…
aku tak tanya pun.. dah mcm2 dalam pikiran masa tu.. tak terpikir langsung tapi doktor ada tanya mcm mana dia jatuh.. manalah aku tau dia jatuh mcm mana sbb dia jatuh kat umah pengasuh.. pengasuh ckp dia tersadung carpet so terus tersungkur.. entahlah..
iBu ZulFaQar RayYaN berkata…
ala sian hannah....macamla tuh kan..kalau ikut hati kita je nak jaga...kalu jadi apa kita tau...tak sama dgn org jaga............
aizamia3 berkata…
sabarlah Sue... dugaan namanye... akak dah rasa camne mandi darah tu... sabar byk2 yer... nak marah nak ngamuk menda dh jadi...

ye... akak faham sbb org x rasa apa yg Sue rasa tp byk2 kan sabar ek... sedey akak bc N3 Sue nih sbb akak tau camne letih penat stress dok at hospital jaga anak merengek2 sakit...

byk2kn sabar ye...
haresue berkata…
yerlah adik, kalau boleh mmg nak duduk umah jaga anak jer.. entahlah, apa nak buat

saya tgh sabar nie kak mazlina.. mmg penat tapi sbb sayang yang teramat sgt.. saya tahan jerk.. doakan anak saya cepat sembuh yer..
aizamia3 berkata…
InsyaAllah... xde pape tu... mmg sedey tp sabar ek... MQA pun baru selamat dibedah last week... lps nih kena dok ulang alik kat hospital... raya nih kat umah Meru je kut... huhuhu... sedey tp anak lg penting...

Catatan popular daripada blog ini

Cuti - cuti Malaysia - Cameron Highland

Jalan-jalan di Tasik..

Rumah Sewa yang akan ditinggalkan..