Dah pindah pun..

17/10/09 - Sabtu lepas kitaorang pindah umah.. penatnyer u ollsss.. tak cukup tido rasanyer (almaklumlah, i kan mmg kaki tido) Terima kasih lah bebanyak pada yang sudi membantu mengangkat barang-barang kitaorang yang tak seberapa banyaknyer tu.. Tidak lupa juga pada saudara-mara yang sudi datang menjengok dan menyediakan hidangan yang sedap2 tu, terima kasih tak terhingga.. Pada kawan-kawan yang sudi datang menjengok kitaorang pada hari tu pun tq so much.. Ada masa datanglah lagi.. Dan paling aku nak ucap terima kasih pada mak aku dan syirah yang sanggup datang naik bas dari KL semata-mata nak tolong aku pindah dan mengemas rumah.. sian kat mak.. penat sangat2.. sayanggg kat mak!!.. mmuuuaaahhh.. Setakat nie rumah masih belum kemas sepenuhnyer, tang dapur dan ruang tamu tu of course lah aku kemas sebab takut ada orang nak dtg sedaplah skit mata memandang tapi tang bilik tu.. masyaAllah, mintaklah ampun.. haahahahahaha.. Gambar masa sampai umah baru tu aku tak amik sbb sibuk nak mengangkat barang so korang tatap gambar kat umah lama jer lah dulu ek.. Gambar umah baru tu, nanti2 lah aku post kat sini..





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cuti - cuti Malaysia - Cameron Highland

Jalan-jalan di Tasik..

Rumah Sewa yang akan ditinggalkan..