Sudah besar..

11/11/09 - Genap Hannah Safiyyah 1 tahun 7 bulan.. Sekejap jer dia dah membesar.. Mcm tak sangka tau.. Dan tak sampai beberapa bulan lagi dia dah menjangkau 2 tahun.. Skrang nie dah sangat cerdik dah sudah pandai bercakap (walaupun bercakap dalam bahasa yang aku tak paham) tapi at least dia ada usaha untuk berinteraksi dengan sesiapa pun. Sekarang nie, dia adalah peneman aku selain dari suami.. Kalau dia takder aku rasa mcm sunyi jerk.. Masa aku cuti untuk study for final exam ari tuh, aku hantar dia ke rumah pengasuh.. Dalam kepala nie tak henti2 fikir pasal dia, kalau boleh nak amik dia balik temankan aku study (tapi tak boleh buat mcm tu, tak pasal2 aku tak leh nak study).. heheheh.. Antara perkembangan anakku lagi nie :-
Dah pandai menyebut ibu (dia sebut abu)
tapi kalau dia panggil aku secara spontan
dia akan panggil mak,
puas dah ajar panggil ibu tapi dia tetap panggil mak.. cemana tuh..
Dah kenal ibu dia adalah aku, hehehe...
Kalau dia nampak gambar aku, dia akan sebut "abu"
huhuhu..

Dia pandai melukis, dah pandai nak pen dan kertas untuk melukis..

Sangat pandai merajuk..
Kalau dia merajuk dia akan terus baringkan diri dia kat lantai..
Pandai tau nak tarik perhatian aku..

Kalau aku panggil dia baby, wahhhh bukan main lagik dia teruja..
dia akan meliuk-lintukkan badan dia kat aku..
Sangat-sangat manja..
Walaupun dia manja tapi tetap jugak kena "babab" ngan aku..
tak boleh dibiarkan, kena ajar sbb dia bakal jadi kakak, harus berdikari
(Cewahh!! Ada ker?)

Tapi u olls, kalau dia kena babab ngan aku dia tetap nak ngan aku jugak..
kekadang tu buat aku tak sampai hati..
(Ada masa boleh buat aku menitis air matalah)
Dia sangat suka dengan buku, koleksi buku dia dah ada 4 buku..
Kalau dia dah belek2 buku, mmg tak pandang kiri kanan..
Mcm-mcm ragam dia buat yang kekadang
membuatkan aku ngan en. Suami ketawa, marah, geram tapi walaubagaimanapun
dia tetap CINTA HATI KAMI..

Itulah antara perkembangan Hannah Safiyyah nie.. sebenarnyer ada lagi tapi aku takleh nak listkan satu persatu..


Gambar terkini nih..

Ulasan

aizamia3 berkata…
same like my MQA... klu sruh sebut 'ibu' jadi 'a...bu' (tauler tu nama atuk dia... wakakaka)... tp biasa dia pggil bu bu... huhuhu... dik igt ibu nih bubu ke...?
samalh dgn sue... dlm blog asalnye nak cite psl anak2 tp akak rasa... nih bkn rasa dh... akak lak yg terlbh interpren... wakakaka...
girl_hippies88 berkata…
rindunye kat anak buah aku yg sorng ni... dah pndai dah skng... rindu sgt2 ni.. dah lama ko xalek KL... cpt2 la alek KL... aku rindu kat Hannah Safyyah...

Catatan popular daripada blog ini

Produk Kecantikan Yang Menyusahkan..

Citer tentang kakak..

Bijak Atur Masa demi Rumah tangga dan Kerjaya