Happy Birthday Princess!!

Semalam 11/4/2010.. princess kitaorang dah 2 tahun.. tak sangka kan, Lagi 5 bulan princess nie akan jadi kakak pulak.. lagiiiiii tak sangka kan.. hehehehe.. citer pasal semalam, sebenarnyer tak de celebrate apa-apa pun.. kitaorang dah celebrate kan seminggu lebih awal lagik kat kampung Safiyyah di KL nun.. sbbnyer dah kebetulan balik KL masa tuh, so aku terpikirlah nak celebrate b'day Safiyyah dengan family ku di KL.. Kalau nak tau, awal-awal lagik dah warning diaorang, jgn lupa bagi hadiah kat Safiyyah nanti.. Yang kelakarnyer, dia boleh taknak tiup lilin, mcm scary jerk lilin tu dia pandang.. memula mcm xcited tgk kek tuh, tapi biler dah dinyalakan lilin atas kek then nak suh dia tiup, terus dia menangis.. tah apa yang dia takut pun tak tau lah.. puas pujuk suh dia tiup lilin tuh, tapi dia tak mo.. Akhirnyer, terpaksalah ibunyer yang gumuks tiup lilin, oklah tu bagi pihak lah kan.. Hahahaha.. tapi biler time nak bukak hadiah, bukan main xcited lagi anakku sorang nie dapat mcm2 hadiah, siap tak bagi org sentuh hadiah yang dia terima.. even majlis dia takderlah beria sgt, sederhana jerk tapi aku sgt happy sbb sumer ahli keluarga aku turut serta.. tgklah gambar-gambar gelagat bday girl ni ek..


p/s : Gambar masa dia menangis tak sempat nak amik, sibuk memujuk si kecik nie..

Ulasan

Don & Nor berkata…
happy besday safiyyah. moga menjadi anak yang solehah.

Catatan popular daripada blog ini

Produk Kecantikan Yang Menyusahkan..

Citer tentang kakak..

Bijak Atur Masa demi Rumah tangga dan Kerjaya