17 Cara Membahagiakan Isteri
Diambil dari Mingguan Wanita bil. 1415 (31Dis2010 - 6Jan2011)
Khas untuk para suami yer.. huhuhu.. Bahagiakanlah isteri anda kerana tanpa mereka kehidupan anda akan menjadi tidak terurus.. betulkah?!!
1. Pertemuan yang manis
- Berikan salam atau sapaan yang baik sambil melemparkan senyuman..
- Jabat tangannya dan kalau perlu cium juga pipi isteri. Tunda dulu niat untuk
menyampaikan berita sekiranya tidak mengembirakan hati isteri.
2. Ucapkan perkataan yang baik
Dalam berbicara dengan isteri, pilih kata - kata yang memberi kesan positif dan
hindari ucapan negatif. Supaya isteri memahami apa yang anda katakan,ucapkan
perkataan dengan jelas dan ulangi kata - kata itu jika perlu.
3. Luangkan masa bersama isteri
Jangan terlalu sibuk dengan urusan sendiri hingga mengabaikan isteri, luangkan
waktu untuk bersama dengannya. Ketika bersama isteri janganlah terlalu serius
kerana ia akan membuat suasana jadi kaku. Bersikap santai dan jangan melayani
isteri seperti rakan sejawat atau orang bawahan anda di tempat kerja.
4. Selitkan dengan gurau senda
Agar kehidupan rumah tangga anda tidak membosankan, pastikan ada unsur gurau
senda dan humor. Boleh juga mengajak isteri menonton pertunjukan atau hiburan
yang halal dan jauhilah hal-hal yang haram dari pilihan hiburan anda.
5. Bantu isteri dalam tugas rumah tangga
Lakukan apa saja urusan rumah tangga yang anda mampu untuk membantu isteri. Bantu
isteri terutama apabila sakit atau kepenatan. Hal yang tidak kurang pentingnya
adalah membuat isteri berasa dihargai. Jangan sesekali lupa memberi penghargaan
atas kerja kerasnya melakukan urusan rumah tangga.
6. Bawa isteri berbincang
Biasakan berbincang khususnya dalam menyelesaikan masalah keluarga. Buat isteri
berasa pendapat amat penting bagi anda. Oleh itu suami harus mempelajari dan
mendengarkan pendapat isteri dengan saksama. Suami juga haruslah rela
meninggalkan pendapatnya jika pandangan isteri lebih baik.
7. Ajak isteri menziarahi
Pilih saudara atau rakan terdekat yang kuat pegangan agama untuk dikunjungi.
Banyak kesan positif dari kunjungan ini. Gunakan peluang bertemu mereka ini
dengan sebaik-baiknya yakni untuk mendalami agama atau ilmu-ilmu yang
bermanfaat.
8. Jika perlu meninggal isteri
- Ucapkan selamat tinggal yang mesra kepada anggota keluarga yang ditinggalkan,
terutama isteri. Berikan nasihat-nasihat yang baik sebelum berangkat.
- Bacalah doa safar
- Mintalah isteri agar selalu mendoakan anda ketika anda tidak bersamanya.
- Pulang secepat mungkin.
9. Sediakan nafkah mencukupi
Seorang suami harus bijak membelanjakan wang sesuai dengan kemampuan. Tidak
boleh kedekut soal wang dengan isteri atau pun sebaliknya terlalu boros. Setiap
nafkah yang diberikan kepada isteri dan anak-anak akan dikurniakan ganjaran
pahala walaupun hanya sekadar sekeping roti yang diberikan kepada isteri hasil
dari keringat anda sendiri. Dalam menjaga perasaan isteri juga suami disarankan
memberinya wang sebelum diminta.
10. Selalu harum dan kemas
Bukan saja isteri yang selalu tampil kemas, suami juga perlu melakukan hal yang
sama. Cukurlah misai, jambang, dan juga bulu ketiak. Selain itu suami juga
diharapkan untuk selalu menjaga kebersihan dan kerapian terutama bila bersama
dengan isteri. Semburkan wangian ke tubuh ketubuh ketika berdua walaupun ketika
itu anda tidak kemana-mana, sekadar di dalam rumah.
11. Nafkah batin
Adalah kewajipan suami memberi kepuasan seks kepada isteri sekiranya tiada
halangan. Akan tetapi jangan minta isteri melayani anda ketika dalam keadaan
haid.
12. Menjaga rahsia keluarga
Setiap orang punya ruang peribadinya. Rumah tangga pun begitu juga, setiap
anggotanya punya rahsia yang tidak wajar didedahkan kepada orang lain. oleh itu
jgn ungkap cerita tentang rumah tangga seperti urusan bilik tidur ataupun
masalah peribadi isteri kepada rakan mahupun saudara mara
13. Bantulah isteri taat kepada agama
- Bagunkan isteri sepertiga malam terakhir dan ajak dia menunaikan solat
Qiamullail
- Ajar isteri apa yang anda tahu dari al-Quran dan tafsirnya
- Ajar isteri berzikir
14. Terapkan pengetahuan agama dan nasihat
Menjadi tanggungjawab seorang suami untuk mengajar isteri tentang hal-hal agama
termasuklah tentang hukum-hukum islam. Galakkan isteri menghadiri majlis ilmu
dan belikannya cakera padat berisi ceramah agama bagi melengkapkan lagi
pengetahuannya. Sentiasa ikuti terus perkembangan isteri, serta berilah nasihat
sekiranya semangat isteri untuk belajar kelihatan kendur.
15. Cemburu yang bertempat
Cemburu adalah fitrah. Bahkan seorang suami harus cemburu terhadap isterinya,
tetapi jangan berlebihan yakni cemburu buta. Akan tetapi hubungan juga akan jadi
membosankan jika suami tidak punya rasa cemburu.
16. Sabar dan lemah lembut
Dalam menghadapi masalah rumah tangga, suami kadangkala perlu menunjukkan
kemarahan kepada isteri, misalnya apabila isteri menunda-nunda solat, mambantah
kata-kata, ataupun enggan menutup aurat.. tetapi ada caranya
- Nasihati isteri secara bersendirian (elak didepan anak-anak ataupun org lain)
- sekiranya isteri belum mahu berubah, berpisah ranjang dengannya bagi
menunjukkan perasaan anda sebagi suami
- Penyelesaian terakhir adalah memukulnya dengan ringan. Namun anda tidak boleh
memukul isteri hingga melukainya atau memukul bahagian tubuh badan yang
sensitif seperti wajah atau kepala.
17. Maafkan isteri
Jangan jadi seorang pendendam, setiap insan pasti melakukan kesalahan oleh itu
maafkanlah isteri jika dia membuat kesilapan. akan tetapi hukumlah isteri jika
dia melakukan perbuatan buruk agar tidak mengulanginya.

Ulasan