Apa nak jadi tah..

Entry kali nie mmg lepas geram lah kan.. sbb aku sendiri tak paham apa nak jadik dgn org kiter nie.. irihati & cemburu, tak leh lebih dari org lain.. aku tak paham.. apa yang korang dapat dengan sikap mcm tuh?!!.. oklah, irihati & cemburu tuh ada dua maksud, satu yang baik dan satu lagi tak baik.. yang baik tu baguslah, nak menaikkan semangat atau apa org kata memotivasikan diri tapi skrang aku citer yang tak baik tuh..Takder keja lain ker dari nak dengki tentang kehidupan org lain.. tak pahamlah.. betull.. serious giler aku tak paham.. sampai nak comparekan kehidupan org, mana rezeki org dapat.. gilerrrr.. mmg takder keja lah jawabnyer tuh.. Kita kena bersyukur apa yang kita ada, sekurang-kurangnyer kita tak hidup merempat. Ada gak lah rumah untuk berteduh, kereta untuk dibawa kesana sini, duit untuk dibuat belanja (walaupun tak mewah mana).. Ini tidak, biler nampak org tuh lebih skit, dah pikir macam2.. (Wei, senang citer ko tak payah amik tau lah, buat sakit kepala otak ko je pikir2 benda2 tak berfaedah tu).. Baik ko teruskan hidup dengan family ko, cari idea macam mana nak menaikkan taraf kehidupan kau sekeluarga, itu lagi bermakna dari ko duk kaji mana datang duit biler tgk aku berbelanja memacam.. Aku beli utang ke, aku beli cash ker itu bukan masalah untuk ko pun, sumer aku yang tanggung.. jangan risau.. eeeee... entahlah, tak paham dengan manusia cenggini.. tak bleh tgk orang lebih dari dia.. Dia kena pikir, aku tak menyebabkan dia menanggung beban yang byk pun kalau aku berbelanja boros mcm mana pun (mungkin beban pada laki akulah!!).. laki aku pun takder nak bising2 jadi ko plak yang nak amik tau sangat nie kenapa?... Jangan igt aku berbelanja aku takder pulak nak membantu laki aku uruskan rumahtangga.. Byk benda aku bantu jugak, jadi ko yang tak tau apa2 tuh, silalah jangan masuk campur dalam urusan life aku yer.. pandai2lah aku nanti.. toksah risau2 dengan kewangan yang aku ada nie.. Ko jaga duit ko, aku jaga duit aku.. boleh??!!... Sekian, terima kasih..

p/s : harap maaf.. entry kali nie sgt kasar.. 18sg.. sbb aku tak boleh lepaskan kemarahan aku yang membara giler nie dkt saper2..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Produk Kecantikan Yang Menyusahkan..

Citer tentang kakak..

Bijak Atur Masa demi Rumah tangga dan Kerjaya