Bijak Atur Masa demi Rumah tangga dan Kerjaya

Artikel ini khas ditujukan buat kaum wanita di luar sana untuk dijadikan panduan.. Selamat membaca!!

Setiap wanita harus mendalami ilmu-ilmu yang berguna supaya mereka dapat mengendalikan segala tanggungjawab mereka dengan berkesan. Antaranya mendalami ilmu agama, pengurusan rumah tangga dan kerjaya serta pengurusan tekanan sebagai panduan dalam melaksanakan tugas. Dalam kesibukan mengurus kerja-kerja luar, pastikan urusan rumah tangga tidak akan terabai.

Pengurusan Masa - Adalah strategi penting yang perlu diterapkan oleh para ibu yang bekerja agar dapat menjalankan peranannya sebagai suri rumah, isteri dan pekerja. Tentukan dan tetapkan tujuan anda dalam bekerja. Sentiasa mengingati dorongan yang membuatkan anda untuk terus bekerja. Fikirkan suami yang terpaksa menanggung tanggungan perbelanjaan ruman, hutang bank dan barangan keperluan anda sendiri. Tetapkan hujung minggu bersama keluarga.

Tetapkan keutamaan - Dengan menetapkan keutamaan anda boleh mula menentukan jenis aktivit untuk memainkan beberapa peranan sebagai isteri dan pekerja. Anda boleh menetapkan jadual kegiatan anda bermula dari pagi hingga malam di samping memberi fokus pada hal-hal tertentu yang menjadi matlamat anda dalam hidup.

Pengurusan Rumahtangga - Agihkan beberapa tugas baik tugas pejabat mahupun tugas rumah kepada orang lain. Agihkan beberapa tugasan untuk dapat melicinkan pekerjaan anda dan membuatkan anda berupaya meluangkan lebih banyak waktu untuk pasangan. Pengagihan tugas, membuatkan anda akan merasa lebih releks dan dapat memfokuskan diri pada pekerjaan yang betul-betul perlu anda sendiri melaksanakannya. Jika tugas terlalu berat, pastikan anda mengagihkan tugas rumahtangga secara terperinci kepada pembantu rumah. Bincanglah dengan suami tentang pembahagian tugas. Hujung minggu pula, luangkan masa bersama dengan aktiviti mengemas rumah dan masak bersama.

Pengurusan Pekerjaan -Untuk memperoleh masa berkualiti bersama pasangan, anda perlu bersikap lebih efisien dan produktif dalam pekerjaan. Semakin anda tidak efisien dan produktif, semakin banyak pekerjaan yang tertunda dan semakin anda berasa malas untuk menyelesaikannya hingga memberikan kesan negatif terhadap hubungan anda dengan pasangan. Meskipun sudah berada di rumah, fikiran anda melayang ke tempat kerja, apatah lagi apabila mengingatkan tugas-tugas and di tempat kerja yang belum siap. Akibatnya anda stress dan sensitif. Pengurusan keluarga yang baik, dipengaruhi juga oleh pengurusan waktu dan produktiviti yang baik di tempat kerja.

Pengurusan Diri - Untuk mengatur diri sendiri, anda perlu mengenali diri anda sendiri. Tangani stress dan hal-hal yang dapat membuatkan anda berasa stress. Hindarkan tindakan-tindakan atau kegiatan yang hanya akan menambah permasalahan dan berfikir secara rasional. Daripada memikirkan hal-hal negatif, merisaukan hal-hal yang belum pasti, lebih baik jika anda berehat sebentar. Ambillah waktu bersantai untuk melakukan aktiviti yang anda suka, misalnya berenang, membaca buku, bersantai di rumah, aktiviti bersama pasangan atau pergi ke tempat rekreasi.

Dalam zaman globalisasi masa ini, majoriti wanita kini mempunyai kerjaya yang mencabar, maka peranan mereka dalam membangun masyarakan dan negara adalah penting. Tanggungjawab mereka sudah luas dalam pelbagai bidang. Realiti kehidupan semasa telah menuntuk wanita bekerja dan berkerjaya untuk memastikan keseimbangan tanggungjawab mereka sebagai isteri dan tenaga kepada sebuah organisasi atau masyarakat.

*Dipetik dari Majalah Pengantin Julai 2011

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pindah Umah..

Hi-5

Cuti - cuti Malaysia - Cameron Highland