Boleh ker??!!
Selasa minggu lepas kat ofis aku ada pemeriksaan kesihatan yang dianjurkan oleh Unit Kesihatan.. Bagus jugak kalau selalu program mcm nie diadakan, boleh lah staf tahu tahap kesihatan memasing kan.. Aku mmglah tak melepaskan peluang, tapi takder lah sampai amik darah.. Amik darah diaorang galakkan pada yang umur 40 tahun ke atas tuh.. aku cuma check BMI jerk.. dan korang nak tau apa resultnyer.. aku kena buang kan berat badan aku yang gedempol nie sebanyak 11kg!!.. ye kawan-kawan 11kg!!.. tak tipu.. kena buang 11kg untuk dapatkan berat yang ideal dengan ketinggian aku nie hah.. giloo ke apa, mcm mana nak buang kan tuh... nafsu melantak mmg toksah ckp arr, hari-hari tahap maksima.. ;p
Tapi niat dihati tu mmg ada nak kurangkan berat badan cuma usaha tu mcm takder jerk.. ngeh..ngeh..ngeh.. Bak kata org "NAK SERIBU DAYA, TAKNAK SERIBU DALIH"... Tepuk dada tanya selera.. ;p
Sebelum kahwin - 2005
Selepas kawin - 2011
Ulasan
Limy : alah mie, ko demok tapi confident level tinggi.. aku?.. isk..isk..isk..