Dugaan...

Sejak dua menjak nie badan aku tak berapa nak sihat.. walaupun dari luaran nampak ok jerk, tapi sebenarnya tak ok (iyer, aku boleh gelak2 bagai tapi dalam hati tuhan je yang tahu).. Minggu lepas perut aku tak berapa nak selesa.. pernah sekali muntah2.. aku rasa angin kot.. nak kata tak makan, aku makan jugak tapi mungkin jadual makan tak teratur kot sbb tuh perut meragam.. Lebih kurang seminggu jugak perut aku wat hal.. tak selesa sangat2..


Minggu nie plak, aku dilanda demam selesema.. tekak teramat perit, hidung berair, kepala sakit memanjang... igtkan boleh tahan tak mau gi klinik... akhirnya hari ini aku ke klinik jugak sbb malam tadi aku rasa mcm sesak nafas + perut meragam teramat sangat (dah ala2 mcm nak bersalin plak rasanyer).. ooo dugaan.. ooo dugaan... sabar jerlah... lagi2 di bulan Ramadhan nie..

Aku risau anak2 pulak berjangkit nanti.. hopefully tak lah.. sbb budak2 nie dah kerap sangat sakit + cuti aku pun dah tinggal skit.. harap2 sangat menjelang ke ujung tahun nie biarlah kesihatan ahli-ahli keluargaku berada dalam keadaan yang baik dan sihat sentiasa.. Aminn..


Rasanyer tak terlambat aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada korang sumer dan harap korang di luar sana sihat dan gembira sentiasa hendaknyer..

Ulasan

Mimy Hamid berkata…
get well soon sue..selamat berpuasa
Haresue berkata…
Mimy Hamid : Tq mie.. Selamat Berpuasa tuk ko gak.. hati2 jaga kandungan tuh.. jangan lasak2..

Catatan popular daripada blog ini

Produk Kecantikan Yang Menyusahkan..

Citer tentang kakak..

Bijak Atur Masa demi Rumah tangga dan Kerjaya