Resipi Oreo Rare Cheese Cake..

Ada permintaan dari kawan2 FB dan di luar sana untuk dapatkan resepi oreo cheese cake yang aku wat tempoh hari (seperti gambar dibawah).. Resepi nie aku ikut dari blog hanamemories (resepi Strawberry Cheesecake) then aku tukarkan kepada oreo cheesecake.. so ada skit diubah walaupun tak banyak arr.. pe kata korang test dulu.. jadi ke idak.. hopefully menjadilah yer..

Bahan-bahannyer..

Bahan-bahan A:
189 gm biskut oreo
90 gm mentega tanpa garam

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
140 gm gula kastor

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

Cara-cara

1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci

2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata

3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras

4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.

5. Pukul krim keju bersama-sama gula sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati

6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata

7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td keatas adunan biskut. Ratakan. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. Selesai...

Credit to : hanamemories.blogspot.com




Ulasan

Murni Delights berkata…
wah syioknyer...nmpak menyelerakan
Mimy Hamid berkata…
aku dh pernah try buat tp tak letak gelatin..gelatin bg dia mampat ek
Haresue berkata…
Murni Delights : cubalah buat.. best & senang sgt..

Mimy Hamid : ko kena letak gelatin baru nampak cun..
hana szied berkata…
sgt best ! tp oreo kt obersea ni mahall ! :(

Catatan popular daripada blog ini

Produk Kecantikan Yang Menyusahkan..

Citer tentang kakak..

Bijak Atur Masa demi Rumah tangga dan Kerjaya