Citer tentang kakak..

Dah lama tak update pasal anak-anak... Meh sini aku citer tentang kakak yang sudah pun berumur 4 tahun.. pejam celik pejam celik dah besau anak ibu .. dah nak jadi anak dara.. Untuk pengetahuan korang, kakak dah pegi sekolah tadika sejak Januari lepas.. Alhamdulillah, sejak pegi sekolah nie dia dah belajar banyak perkara.. sekarang nie dah reti baca skit2, mengeja pun dah pandai.. tapi biasalah still merangkak lagi.. baru 4 tahun dowh, toksahlah nak harap dia dpt catch up sumer yang cikgu dia ajau kan.. takper dia pun ada lagi 2 tahun untuk siap sedia sebelum menjejakkan kaki ke darjah satu..

Tapiiiiiii... adalah perangai dia yang kekadang buat aku jadi mcm raksasa kat umah tuh.. dah pandai nak melawan ckp kiter.. kalau aku dah tersalah ckp ker pandailah dia meng'sound' aku ... ceh!!.. pastu dah pandai ckp aku GEDIK kalau apa aku buat bagi dia marah.. amboi..amboi..amboi.. ooo anak.. mmg hilang sabar dibuatnyer.. itu belum lagi dia bercakap mcm mak nenek.. membebel tak berhenti2.. tanya mcm2 soalan.. penat nak melayan wei.... kui..kui..kui... yang peliknyer biler jumpa kawan-kawan aku pandai plak dia diam membisu.. susah nau nak dengar suara dia.. aku ada ckp gak kat cikgu dia, cikgu kakak ckp kat sekolah dia bagus.. elok main2, biler tanya dia ada respon.. mungkin sbb suasana persekitaran buat dia diam membisu.. dia tak biasa dengan suasana mcm tuh... 

Belum lagi bab melaram, aduyaiiii... kalau korang nak tau anak aku nie rambut dia dah panjang.. sbb aku nie bekerja dan masa aku terhad nak belek2 rambut dia aku suggestkan untuk gunting rambut dia. Yerlah kan biler dah pendek senanglah sikit aku nak sikat, tak bersusah payah nak mengikat rambut bagai.. Uikkksss dia ckp tak mo.. dia taknak rambut pendek, dia nak rambut panjang sbb dia nak rambut mcm princess... alah korang2 tgk kartun2 princess tuh sumer kan rambut panjang... konon2 cantiklah tuh.. sib baik dia tak suruh aku buat kan rambut dia jadi kuning ala2 warna rambut princess tuh.. jenuh aku nak jawab.. adeehhh!!..

Kalau nak citer pepanjang takut korang boring baca citer basi so aku update skit2 lah pasal kakak nie yer.. meh tgk gambar dia plak yer..


Kakak dan kawan-kawan di sekolah...


 Kakak dan adik hafiy...


Ulasan

Mimy Hamid berkata…
cantik kakak su bila rambut panjang..

bab melaram ikut ko le..hihi

Catatan popular daripada blog ini

Produk Kecantikan Yang Menyusahkan..

Bijak Atur Masa demi Rumah tangga dan Kerjaya