Autumn Korea November 2016 - Day 3

Autumn Korea November 2016 - Day 2 ----> Meh jengah sini

Day 3
4 November 2016 (Jumaat)

Assalamualaikum dan hi uolls...

Plan hari ke-3 nie kitaorang akan pegi ke Pulau Nami a.k.a Winter Sonata Island... asalnya pegi hari isnin nanti tapi bila check accuweather mcm akan hujan jer isnin tuh so decide better pergi hari nie.. Actually cuaca kat seoul nie mmg cerah jer tapi bila dalam perjalanan tuh aku dah perasan mendung lain macam jerk... ohh kalau korang nak tau, Nami Island nie terletak di wilayah Chuncheonsi, Gangwon-do, 63km jauhnya dari Seoul. Perjalanan memakan masa selama 1 jam setengah..

NAMI ISLAND 

Hoehyeon Station (Line 4) - Dongdaemun - Cheongnyagni (Line 1) transfer to ITX - Gapyeong

Around 7am kitaorang dah keluar dari guesthouse. Jadi sama-sama ler bersesak naik subway, almaklumlah dorang nak pegi keja kan dan pengangkutan utama dekat seoul dah tentulah subway.. Kitaorang sampai jer di Cheongnyangni Station terus beli tiket ITX kat mesin. Make sure touch T-Money di sebelah mesin tiket ITX tu.. Tiket akan di check masa naik train nanti.. so jangan hilangkan.. Perjalanan guna train makan masa dalam 40-45 minit jugaklah. Untuk naik train nie, kalau korang nak seat perlu beli secara online tau.. kalau tak, mmg korang kena berdiri ler.. Ada citer masa time nak beli tiket ITX nie di Cheongnyangni Station tuh.. aku kat sini mmg blur giler.. bila tanya orang, tak boleh nak speaking plak.. dah dia tak reti nak explain.. so kitaorang jengah2 dlu mcm mana cara dorang beli tiket tuh.. kebetulan masa kitaorang tgh nak beli tiket terjumpa dengan 2 org girl dr indonesia.. dorang pun tak tau mcm mana cara nak beli tiket ITX nie.. so sama2lah kitaorang mencuba sampai berjaya.. huuhuhu.. dah dpt tiket plak, tak tau which one escalator yang kitaorang kena naik.. yang belah kiri ke kanan.. aku dengan confident suh pegi belah kanan, tp rupanya train ke Gapyeong di escalator belah kiri.. ;p
Tiket ITX ni mmg ada jadual masa perjalanan tau.. punyalah eksyen time balik kitaorang tak beli siap2 tiket ITX nie.. amik ko, mereput 2 JAM .... aku repeat... 2 JAM... tunggu train nak balik ke seoul.. dengan cuaca sejuk yang amat sampai kebas2 kaki tangan hidung aku.. ko bayangkan ko duduk saja selama 2 jam dalam cuaca sejuk berangin.. adoiii azabnya la nak balik seoul.. padan muka kat diri sendiri.. 

Untuk ke Pulau Nami, kitaorang dengan 2 girl dari Indonesia tuh naik teksi sama-sama. Perjalanan naik teksi ke Pulau Nami dalam 6 minit jer menaiki teksi.. Sampai kat kaunter tiket kitaorang berpecah, maklumlah masing2 ada plan sendiri kan.. Harga nak masuk ke Pulau Nami dalam 8000 won sahaja.. Sekitar Nami Island nie view mmg cantik.. best kalau nak beriadah dan berkelah sumer.. Kalau korang pegi Korea, Nami Island nie kira tempat wajib ar kena pegi.. tempatnya luas jugak bagi aku, tak larat nak meneroka lebih-lebih sbb orang sangat ramai dan sesak.. buat mood aku kelaut.. mgkn aku tak rasa adventure macam plan semalam ke mount seorak tuh.. pas amik gambar berpuluh keping, kitaorang decide nak balik.. tak silap aku dalam sejam lebih jugak kitaorang ada di pulau Nami nie.. hahahaha.. Masa balik nie lah yang terjadi kisah mcm aku cerita kat atas tuh.. huhuhu.. jenuh tunggu wei.. sampai skrang aku boleh ingat kesejukan yang aku alami akibat kecuaian diri sendiri.. :-o

di Cheongnyangni Station











View di sekitar Gapyeong Station






NAMDAEMUN MARKET 

Balik dari  Pulau Nami kitaorang pulang ke guesthouse dulu berehat (itupun sekejap jer).. then keluar semula untuk hunting souvenir pulak di Namdaemun Market.. favourite time.. SHOPPINGGGG.. jalan punya jalan jumpa satu kedai souvenir.. very good and freindly ahjussi tuh.. siap ajar kitaorang bahasa hangul lgk.. mmg dah tak pandang kedai lain dah.. hahahaha.. sbb asyik dapat barang free je dari ahjussi nie.. rasanya dkt 4x repeat kedai ahjussi nie.. dah nak balik pun adik aku nak repeat lagik.. huhuhu.. Harga souvenir pun ok, dpt banyak jugaklah discount.. so korang nak plan ke korea boleh pegi kedai ahjussi nie tau.. dari Hoehyeon Station Exit 6.. jalan terus nampak lorong yang 1st masuk ke kanan.. jalan terus sampai simpang tiga.. belah kiri korang kedai Nature Republic then masuk ke lorong kiri tuh dan terus je jalan dan akan nampak signboard kedai tulis 'NAMIL ARTS AND CRAFTS'... itulah kedai ahjussi nie.. 

Lorong pertama lepas Exit 6 - masa nie jam 6.30 petang.. gelap mcm kol 8 mlm jek.. 



Kedai ahjussi yang aku citer kat atas..

DONGDAEMUN (IKAN BAKAR)

Hoehyeon Station - Dongdaemun - Dongdaemun Underground Shopping Centre (Exit 2)

Dah selesai shopping di kedai ahjussi di Namdaemun Market, kitaorang pun nak terjah makan ikan bakar kat dongdaemun yang selalu di rekomenkan oleh bloggers yang dah pernah makan disitu. Kitaorang pun belum makan apa2 since pegi Pulau Nami pagi tadi, so malam nie acara makan berat ler.. ngeh..ngeh..ngeh.. Tak at that time dalam pukul 6-7 ptg kot, kitaorang naik subway mcm biasa, turun di Dongdaemun then keluar ikut Exit 2.. selalu blogger suggest keluar Exit 7 atau Exit 8 tapi kitaorang decide untuk masuk dalam Dongdaemun Underground Shopping Center untuk keluar di Exit 2.. Dalam tuh mmg memusing jugaklah sbb banyak nau pintu tapi kitaorang tetap cari jugak Exit 2 seperti yang ditulis oleh blogger Skampung.. bila dah buat banyak pusingan tuh, mata ko mmg takkan lepas tengok barang-barang yang dijual.. paling menarik perhatian aku bedsheet, mmg cantik2.. sampai skrang menyesal tak beli apron yang ada dijual kat dalam DUSC tuh.. Biler dah jumpa jalan keluar, rupanya Exit 2 nie sebaris jer dengan JW Marriot Seoul.. dan di depan hotel adalah bangunan Pyoung Hwa Clothing Market.. mmg jelas2 tulisannya.. jalan terus saja melewati bangunan hotel dan kedai-kedai sekitar tuh dah akan sampai ke satu lorong belah kanan.. jalan sikit akan nampak lorong kedai ikan bakar.. sepanjang lorong tuh adalah lorong kedai ikan bakar.. kitaorang decide makan di kedai yang dpn sekali sbb dok teruja ahjuma sebut "tenggiri.. tenggiri.. parang... tenggiri"... hahahahaha.. terkejut wei.. kitaorang order tenggiri dan mackerel dan spicy squid.. sedapnyaaa.... masa tuh mmg dah kelaparan jadi apa lagi, mmg beria2 kitaorang makan mlm tuh..


dpn nie dah hotel JW Marriot, Seoul





Dengan tauke kedai..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cuti - cuti Malaysia - Cameron Highland

Jalan-jalan di Tasik..

Rumah Sewa yang akan ditinggalkan..